
TERKINI: 396 PENUMPANG AIRASIA KL-TAWAU DIMINTA TAMPIL SEGERA, 6 SUDAH DIJANGKITI COVID-19
TAWAU: Seramai 396 penumpang pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau melalui dua penerbangan berasingan diminta tampil untuk menjalani saringan kesihatan kedua dengan segera.
Pegawai kesihatan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) kawasan Tawau, Dr. Suzalinna Sulaiman berkata, ini kerana daripada kesemua penumpang kedua-dua penerbangan berasingan itu, enam daripadanya didapati positif COVID-19.
“Bagi penerbangan Air Asia AK5742 pada 1hb Mei 2020 ada 156 orang penumpang semuanya dan empat didapati positif dan selebihnya 152 kita minta tampil untuk menjalani saringan kesihatan yang kedua termasuk 8 pelajar dan 144 orang awam. Mereka semua ini ada di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu,” katanya di sini hari ini. Bagi penerbangan kedua pula pada 4hb Mei 2020 melalui pesawat Air Asia AK5740 yang membawa 246 penumpang, dua daripadanya turut didapati positif COVID-19.
Baca Lanjut →





KOMEN TERKINI