PERAK TERATAS SENARAI PERKEMBANGAN TERBAIK PERANGI COVID-19

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan Perak mempunyai bilangan kes aktif terendah. – Gambar BERNAMA

TERKINI – PERAK TERATAS SENARAI PERKEMBANGAN TERBAIK PERANGI COVID-19

IPOH: Perak muncul negeri teratas dalam senarai negeri-negeri yang mencatatkan perkembangan terbaik dalam memerangi penularan pandemik COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan Perak mempunyai bilangan kes aktif terendah, iaitu 25 pesakit (9.9 peratus) yang masih menjalani rawatan berbanding dengan jumlah 252 kes positif jangkitan COVID-19 yang direkodkan.Di samping itu, katanya, Perak juga adalah salah satu daripada enam negeri yang bebas daripada klasifikasi zon merah bagi kes aktif, susulan penurunan jumlah kes jangkitan baharu.

Menurutnya, sesuatu daerah diklasifikasikan sebagai zon merah apabila bilangan kes aktif melebihi 41 kes.

Baca Lanjut

SALURAN TV CHINA SENARAIKAN DR NOOR HISHAM ANTARA TIGA DOKTOR TERBAIK DAN DIYAKINI

Dr Fauci, Dr Noor Hisham dan Noor Bloomfield disifatkan individu paling dipercayai di negara masing-masing ketika ini | Gambar – Astro Awani

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak COVID-19 di negara ini.

Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.

Baca Lanjut

HASIL BEDAH SIASAT, VIRUS COVID-19 DIKESAN DI PERMUKAAN BADAN, ORGAN DALAMAN, AIR KENCING & CECAIR BADAN MAYAT – KKM

Gambar – Google

HASIL BEDAH SIASAT, VIRUS COVID-19 DIKESAN DI PERMUKAAN BADAN, ORGAN DALAMAN, AIR KENCING & CECAIR BADAN MAYAT – KKM

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa Institut Perubatan Forensik Negara telah menjalankan bedah siasat terhadap mayat COVID-19.

“Bedah siasat dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, iaitu Akta 342.

“Penemuan bedah siasat mendapati terdapat virus COVID-19 dikesan pada permukaan badan mayat melalui analisa real time polymerase chain reaction yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan.

Baca Lanjut

COVID-19: DUA PETUGAS KESIHATAN MAUT, 181 POSITIF

COVID-19: DUA PETUGAS KESIHATAN MAUT, 181 POSITIF

SERAMAI 181 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan swasta dikesan positif Covid-19 manakala dua kematian membabitkan golongan terbabit dilaporkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan mendapati punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan itu bukan disebabkan pengendalian kes positif di fasiliti kesihatan.

“Daripada jumlah itu, 122 petugas kesihatan dijangkiti di luar kawasan hospital, contohnya menghadiri kenduri perkahwinan dan datang hospital lalu menjangkiti rakan mereka.

Baca Lanjut