‘HENTI TUDUH ANAK SAYA MENINGGAL KERANA KORONAVIRUS’

Kredit Photo – Metro

TERKINI – ‘HENTI TUDUH ANAK SAYA MENINGGAL KERANA KORONAVIRUS’

“SAYA nafikan anak saya meninggal dunia kerana koronavirus. Itu tidak betul dan saya sekeluarga kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan maklumat tanpa sebarang usul periksa.

“Malah, video anak saya yang rebah turut tular di laman sosial dan dikongsi tanpa henti oleh orang ramai,” kata Norazlan Mokhri, 47.

Norazlan ialah bapa kepada Allahyarham Nur Izzah Izzati, 20, yang meninggal dunia ketika membeli aksesori telefon bimbit di tempat kerjanya di Seksyen 13, Shah Alam, 26 Januari lalu.

Katanya, dia dan keluarga terkilan apabila ada pihak yang mengatakan punca kematian Allahyarham disebabkan koronavirus.

Baca Lanjut

JOM BERCUTI KE COPTHORNE CAMERON HIGHLANDS DENGAN TAWARAN HEBAT KOPUBI

JOM BERCUTI KE COPTHORNE CAMERON HIGHLANDS DENGAN TAWARAN HEBAT KOPUBI

Nak bercuti ke Cameron Highlands?? Tak tahu nak ‘stay’ kat hotel mana?

KOPUBI Perak Bhd selaku koperasi usahawan yang aktif di Bandaraya Ipoh kini menawarkan Pakej Penginapan yang best dan sweet di Copthorne Cameron Highlands.

Copthorne Cameron Highlands adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang adalah satu-satunya hotel yang mendapat gelaran ‘HOTEL PALING TINGGI DI CAMERON HIGHLANDS’ kerana terletak pada para 1,628m dari paras laut.

Dengan suasana yang sangat dingin di mana suhu di persekitaran hotel ini mencecah 20 celcius dan boleh menurun sehingga 16 celcius pada waktu malam ini.

Baca Lanjut

PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MYHOME) 2020

INFO – PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MYHOME) 2020

Bagi anda yang bekerja sektor swasta, kerajaan ada memperuntukkan dana untuk pembelian rumah pertama melalui Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau lebih dikenali sebagai skim MyHome 2020.

Melalui skim ini, kerajaan menyediakan insentif sehingga RM30,000 untuk setiap unit rumah yang ingin dibeli.

Baca Lanjut

AWAS! KETAHUI LANGKAH PENCEGAHAN INFLUENZA A

INFO – KETAHUI LANGKAH PENCEGAHAN INFLUENZA A

Baru-baru ini tular di media sosial dan media massa tentang kebimbangan ramai orang berkaitan penularan wabak Influenza A di Malaysia. Ada juga penularan berita tidak benar dengan mengatakan bahawa virus tersebut sama dengan kes pneumonia misteri di Wuhan, China.

Untuk pengetahuan anda, influenza merupakan selsema dimana adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan.

Akan tetapi, wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya akan menyebabkan demam selsema ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi dan berpotensi lalu boleh menyebabkan kematian.

Baca Lanjut