TERKINI – REMAJA ‘HANTAR’ PULANG MAYAT KEKASIH DIREMAN EMPAT HARI
KUANTAN, 13 April — Pelajar tingkatan lima yang menghantar dan meletakkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga perempuan itu di Felda Keratong 10, Rompin semalam, direman selama empat hari, mulai hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata remaja berusia 17 tahun itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 selain lesen boleh digantung dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tiga tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI