COVID 19: DITEMBAK MATI KERANA ENGGAN PAKAI TOPENG MUKA

Gambar : Google

COVID 19: DITEMBAK MATI KERANA ENGGAN PAKAI TOPENG MUKA

MANILA: Seorang warga emas berusia 63 tahun ditembak mati polis di Filipina selepas berang apabila diminta memakai topeng muka.

Ini merupakan kes pertama di mana pihak berkuasa bertindak menembak orang awam kerana melanggar arahan yang dikeluarkan kerajaan untuk mengawal wabak COVID-19.

Lelaki itu dipercayai dalam keadaan mabuk dan mengugut pihak berkuasa dengan sabit dalam kejadian yang berlaku di bandar selatan Nasipit di wilayah Agusan del Norte.

Baca Lanjut

NOOR HISHAM TERPILIH SERTAI SAINTIS DUNIA LAKUKAN KAJIAN PERANGI COVID-19

TERKINI – NOOR HISHAM TERPILIH SERTAI SAINTIS DUNIA LAKUKAN KAJIAN PERANGI COVID-19

Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bangga dapat menyertai gabungan yang berusaha mencari penyelesaian ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah dipilih menyertai sekumpulan saintis dunia untuk membuat kajian memerangi pandemik COVID-19.

Noor Hisham merupakan salah seorang penandatangan dan ahli Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 tersebut.

Baca Lanjut

COVID-19: TIGA BERANAK HAMPIR KEBULURAN TIADA WANG BELANJA

Hasnah mengelap badan bapanya yang terlantar sakit tua di rumah usangnya di Kampung Perasu, dekat sini. | Gambar – BH Online

COVID-19: TIGA BERANAK HAMPIR KEBULURAN TIADA WANG BELANJA

GUA MUSANG: “Beras habis dan mak cik tiga beranak hanya bergantung kepada biskut kering cicah teh-o untuk alas perut,” keluhan Hasnah Che Mat, 58, di Kampung Perasu, dekat sini.

Beliau berkata, keadaan itu dihadapi selepas tiga hari pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penularan coronavirus (COVID-19) bermula 18 Mac lalu.

Katanya, perbelanjaan hariannya bergantung kepada upah menoreh getah tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana arahan supaya berada dalam rumah.

Baca Lanjut

WANITA KONGSI PENGALAMAN BERSALIN KETIKA FASA PKP

Gambar : Bernama

KISAH KEHIDUPANWANITA KONGSI PENGALAMAN BERSALIN KETIKA FASA PKP

KUALA LUMPUR, 3 April  — Melahirkan anak seorang diri, tanpa ditemani suami di sisi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, pasti memberi pengalaman berbeza buat ibu-ibu yang melahirkan cahaya mata mereka.

Para ibu terpaksa berdepan cabaran menguruskan segalanya seorang diri, kerana perlu akur kepada beberapa syarat iaitu tiada peneman dalam bilik bersalin, tiada peneman di dalam wad pada waktu siang mahu pun malam, serta tiada pelawat yang dibenarkan masuk pada pagi atau petang.

Baca Lanjut