SEBELUM INI MEMANG KECOH VIRAL SATU MALAYSIA YANG SUSHI KING MALAYSIA TIADA PENGESAHAN HALAL DARI JAKIM.

Kini penggemar Sushi di negara ini boleh senyum lebar kerana Sushi King Malaysia telah mendapat Sijil Pengesahan HALAL oleh JAKIM.

Sudah tentu perkara ini sangat mengembirakan kerana umat islam di Malaysia terutamanya boleh menikmati makan jepun ini tanpa rasa ragu-ragu dan was-was. Namun demikian tahukah anda ada 4 lagi restoran Sushi King di Negara ini masih belum mendapat sijil halal JAKIM? Ini kerana proses pensijilan dibuat secara berperingkat melibatkan lebih 120 outlet restoran ini diseluruh negara.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dan cuba elakkan daripada menikmati menu di restoran ini buat sementara waktu ini sehingga keempat-empat outlet restoran ini mendapat sijil halalnya daripada JAKIM sepenuhnya yang mana proses tersebut dijangka selesai di dalam jangka masa terdekat ini.

Outlet restoran yang masih belum mendapat status halal daripada JAKIM adalah seperti berikut;

4 outlet restoran yang dinyatakan di atas adalah outlet yang masih di dalam proses untuk mendapatkan sijil halal daripada JAKIM.

Anda boleh menyemak status halal di keempat-empat outlet ini dari masa ke semasa di laman web Sushi King Malaysia kerana mereka akan sedia update perkembangan terkini atau anda semak di laman web JAKIM melalui link http://www.halal.gov.my

SUSHI KING BONANZA

Berita baik buat pengemar sushi kerana mulai besok Sushi King Malaysia akan mengadakan promosi di mana anda boleh menikmati keenakan sushi pada harga RM3.00 sahaja!

Untuk terma dan syarak anda boleh lawati laman web rasmi Sushi King Malaysia. Inilah peluang anda untuk menikmati keenakan makanan jepun di negara kita yang berstatus halal!

Semoga bergembira ya..