KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) terus memacu langkah tersusun dalam usaha memantapkan pengurusan dan pelaksanaan agenda tahunan koperasi apabila Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) KOPUBI Kali Ke-7 berjaya dilangsungkan pada 19 Jun 2025 bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd, Station 18, Ipoh, Perak.

Mesyuarat penting ini telah dipengerusikan oleh Encik Sharul Baha bin Abd Rahman selaku Pengerusi Koperasi, bersama barisan kepimpinan utama koperasi iaitu Timbalan Pengerusi, Encik Safuan bin Othman; Setiausaha, Encik Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan; Bendahari, Encik Mohamad Firdaus bin Mansor; serta Penolong Setiausaha, Puan Zuraida binti Zulkepli.

Turut hadir adalah Ahli Lembaga dan barisan Jawatankuasa Kerja MAT kali ini yang komited menjayakan agenda koperasi.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Booth Pameran Perkhidmatan Myangkasa Amanah Bhd

Fokus utama mesyuarat ini adalah membuat persediaan rapi menjelang Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd Kali Ke-7 yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 21 Jun 2025 bertempat di Dewan Kompleks Penghulu Mukim Hulu Kinta, Lahat.

Majlis ini dijangka dihadiri seramai 30 orang anggota secara fizikal, manakala selebihnya akan menyertai secara atas talian melalui platform Google Meet.

Dijangka seramai hampir 140 orang Anggota KOPUBI Perak Bhd akan hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd. Kali Ke-7 ini nanti.

Dalam mesyuarat kerja tersebut, susun atur perjalanan mesyuarat agung dibincangkan dengan teliti melibatkan penyusunan agenda, pengesahan usul-usul daripada anggota dan ahli lembaga, serta penyediaan dan semakan dokumen Aturan Koperasi yang akan dibentangkan dalam sesi tersebut.

Selain itu, perbincangan turut menjurus kepada perkara-perkara lain yang relevan bagi memastikan kelancaran MAT kali ini berjalan mengikut garis masa dan peraturan koperasi yang telah ditetapkan.

Aktiviti pembungkusan goodies yang akan diagihkan kepada anggota koperasi semasa Mesyuarat Agung Tahunan nanti.

Selesai sesi perbincangan, ahli jawatankuasa bersama-sama menjamu hidangan ringan sebagai penghargaan atas komitmen mereka, dan kemudiannya berganding bahu dalam aktiviti pembungkusan goodies yang akan diagihkan kepada anggota koperasi semasa Mesyuarat Agung Tahunan nanti.

Semangat berpasukan yang terpancar sepanjang mesyuarat kerja ini jelas memperlihatkan keutuhan dan kesepaduan dalam kalangan Ahli Lembaga dan Jawatankuasa KOPUBI.

Setiap peranan dimainkan dengan penuh dedikasi, mencerminkan budaya kerja koperasi yang dinamik, sistematik dan berteraskan prinsip-prinsip koperasi yang sebenar.

Komitmen ini tidak hanya memperkukuh struktur dalaman koperasi, malah menjadi nadi penggerak kepada kelestarian KOPUBI sebagai sebuah koperasi berdaya tahan yang mampu memberi impak ekonomi kepada anggotanya serta komuniti setempat.

Insya-Allah, dengan segala usaha yang dilakukan secara tersusun dan penuh iltizam ini, Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Berhad Kali Ke-7 akan berlangsung dengan jayanya serta membuka ruang kepada pencapaian yang lebih cemerlang dalam tahun-tahun mendatang.

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MesyuaratAgungTahunan #MAT2025 #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia