PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasa gerak kerja persatuan melalui penganjuran Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Bil.02/2025 yang telah diadakan pada 5 Jun 2025 bertempat di Pejabat Utama Kumpulan PUBI Perak di Station 18, Ipoh.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI : MAJLIS PELUNCURAN PELAN TINDAKAN EKONOMI DIGITAL NEGERI PERAK

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi PUBI Perak, Encik Sharul Baha bin Abd Rahman dan dihadiri oleh barisan kepimpinan utama termasuk Setiausaha, Encik Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan, Bendahari, Encik Mohamad Firdaus bin Mansor, Penolong Setiausaha, Puan Zuraida binti Zulkeply, serta Ahli-ahli Jawatankuasa yang lain.

Mesyuarat kali ini menjadi platform penting bagi memperkemaskan perancangan dan pelaksanaan aktiviti serta program keusahawanan yang bakal dianjurkan oleh PUBI Perak bagi separuh ketiga tahun 2025.

Pelbagai agenda telah dibincangkan secara menyeluruh termasuk isu-isu semasa yang memberi kesan kepada komuniti usahawan tempatan.

Perbincangan berlangsung dalam suasana yang penuh konstruktif dan harmoni, mencerminkan semangat kerjasama serta nilai profesionalisme yang tinggi dalam kalangan AJK.

PUBI Perak sebagai sebuah persatuan usahawan yang aktif dan progresif di Bandaraya Ipoh terus melangkah ke hadapan dalam misi membangunkan usahawan dan peniaga kecil khususnya di peringkat akar umbi.

Melalui pelbagai inisiatif termasuk bengkel keusahawanan, kursus pembangunan usahawan dan program intervensi sokongan, PUBI sentiasa berusaha untuk mendekati keperluan sebenar usahawan serta menyediakan solusi praktikal dan berimpak tinggi.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Bil.02/2025 yang telah diadakan pada 5 Jun 2025 bertempat di Pejabat Utama Kumpulan PUBI Perak di Station 18, Ipoh.

Sebagai NGO keusahawanan yang telah aktif sejak 2016, PUBI Perak terus mengekalkan fokus dalam mendukung agenda pemerkasaan ekonomi setempat, selain memperkukuh hubungan bersama komuniti dan agensi-agensi berkepentingan.

Barisan kepimpinan AJK yang hadir dalam mesyuarat ini telah menunjukkan dedikasi dan iltizam yang konsisten dalam menyusun langkah serta menjayakan visi dan misi persatuan.

Mesyuarat ini juga menjadi cerminan kepada kekuatan asas organisasi yang dibina berlandaskan prinsip perpaduan dan semangat sukarela yang utuh.

PUBI Perak percaya bahawa setiap perancangan dan tindakan yang tersusun akan membawa impak berpanjangan kepada perkembangan keusahawanan di negeri Perak secara menyeluruh.

Dengan kehadiran penuh semangat oleh AJK yang berdedikasi, PUBI Perak kekal optimis untuk terus menjadi sebuah NGO yang bukan sahaja relevan, malah disegani serta dipercayai dalam memainkan peranan membela dan memajukan usahawan tempatan.

Semoga segala usaha dan perancangan yang dirumuskan dalam mesyuarat ini akan membuahkan hasil yang bermanfaat dan memberi nilai tambah kepada seluruh komuniti usahawan yang dinaungi.

Insyallah.

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan #MesyuaratAJK