MESYUARAT AJK INDUK PUBI PERAK BIL. 03/2025

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) terus memperkukuh komitmen dalam memperkasa komuniti usahawan dan memperkemaskan tadbir urus organisasi melalui penganjuran Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Induk Bil. 03/2025 yang telah berlangsung pada 29 September 2025 bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan PUBI, Station 28, Ipoh, Perak.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi PUBI Perak, Encik Sharul Baha bin Abd Rahman, dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi, Encik Muhamad Farhan bin Che Safri; Setiausaha, Encik Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan; Penolong Setiausaha, Puan Zuraida binti Zulkeply; Encik Mohamad Firdaus bin Mansor; serta barisan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang lain.

Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan beberapa agenda penting termasuk Laporan Setiausaha, Laporan Penolong Setiausaha, Laporan Bendahari dan Laporan Aktiviti Persatuan.

Baca Lanjut