INTERNET PERCUMA 1GB SEHINGGA 31 DIS 2020

Gambar: Bernama

TERKINI: INTERNET PERCUMA 1GB SEHINGGA 31 DIS 2020

PUTRAJAYA, 5 Jun  — Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan internet berkapasiti 1GB secara percuma kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang, kata  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), beliau berkata inisiatif internet percuma itu disediakan sehingga 31 Dis 2020 yang antara lain membolehkan pengguna melayari laman web pendidikan dan aplikasi persidangan video.

“Selain itu semua pengguna akan mendapat akses secara percuma tanpa had laman web kerajaan dan aplikasi COVID-19 kerajaan khususnya MySejahtera,” katanya.

Baca Lanjut

COVID-19: SEDIA UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH, INI YANG IBU BAPA PERLU LAKUKAN

Ibu bapa dan penjaga boleh membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan sosial dan mengawal pergerakan murid semasa datang, rehat dan balik. – Gambar hiasan

COVID-19: SEDIA UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH, INI YANG IBU BAPA PERLU LAKUKAN

KEMENTERIAN Pendidikan pada Khamis mengedarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah, bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya.

Ia menggariskan perkara berkenaan pergerakan pelajar bermula daripada setibanya mereka di sekolah hingga mereka pulang.

Selain peranan sekolah dan guru, penglibatan ibu bapa dan penjaga juga turut digariskan supaya mereka boleh turut membantu pihak sekolah.

Baca Lanjut