COVID-19: “TOLONG JAGA EMAK, ABAH” – PESANAN TERAKHIR JURURAWAT

Nadila Rahmat (kiri), 32, jururawat di wad ortopedik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HSPF) Muar, meninggal dunia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) , Kluang, bersama ibunya, Rodiah Mohd Don, 57, bergambar di hadapan rumah mereka di Muar. – Foto ihsan keluarga | Berita Harian

COVID-19: “TOLONG JAGA EMAK, ABAH” – PESANAN TERAKHIR JURURAWAT

MUAR: “Tolong jaga emak dan abah ya.” Itu pesanan terakhir seorang jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, yang meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19, tengah malam tadi.

Nadila Rahmat, 32, jururawat di wad ortopedik HPSF itu meninggal dunia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Adiknya, Nabiha, 26, berkata pesanan terakhir kakak sulungnya itu disampaikan menerusi telefon sehari selepas dimasukkan ke ICU pada 7 April lalu.

Baca Lanjut