KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Pada 6 September 2025 yang lalu, satu program Taklimat Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat telah berjaya dilaksanakan di Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Pengkalan Baru.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Khairat Kematian Masjid Ar-Rahmaniah (Masyarakam), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI Perak Bhd) serta MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB).

Majlis dimulakan dengan ceramah Faraid dalam Islam yang disampaikan oleh A.F Ustaz Naseem, mantan tenaga pengajar SABK Al-Ummah, Chemor, yang berkongsi tentang kepentingan memahami pembahagian pusaka mengikut hukum syarak serta kesan yang timbul apabila urusan tersebut diabaikan.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Penyertaan Kopubi Perak Bhd Dalam Taklimat Program Jualan Rahmah

Sesi diteruskan dengan Taklimat Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat oleh En. Sharul Baha bin Abd Rahman, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI Perak Bhd) merangkap wakil rasmi MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB).

Dalam sesi tersebut, beliau menerangkan secara terperinci konsep hibah dan wasiat sebagai instrumen penting dalam perancangan harta Islam, di samping menjelaskan perbezaannya dengan faraid serta manfaat menggunakan perkhidmatan patuh syariah yang ditawarkan oleh MAAB.

Kehadiran kaum Muslimin dan Muslimat kariah Masjid Ar-Rahmaniah menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan terhadap topik yang dibincangkan.

Para peserta turut mengambil peluang untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut dalam sesi interaktif yang berlangsung dengan suasana penuh harmoni dan ilmiah.

Program ini turut membuka ruang kepada masyarakat setempat untuk memahami dengan lebih jelas kelebihan membuat perancangan awal dalam urusan harta pusaka bagi mengelakkan pertikaian waris serta memudahkan proses pentadbiran selepas kematian.

Kehadiran kaum Muslimin dan Muslimat kariah Masjid Ar-Rahmaniah menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan terhadap topik yang dibincangkan.

Penganjuran program ini sekali lagi membuktikan komitmen KOPUBI Perak Bhd dalam memainkan peranan sebagai rakan strategik kepada MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dalam memberi pendedahan dan khidmat bimbingan berkaitan pengurusan harta Islam kepada masyarakat.

Melalui inisiatif seperti ini, KOPUBI Perak Bhd terus memperkukuh usaha memperkasa komuniti melalui pendidikan, kebajikan dan kesedaran ekonomi berasaskan prinsip syariah.

Langkah ini juga selaras dengan visi koperasi untuk menjadi entiti yang bukan sahaja aktif dalam pembangunan usahawan, tetapi turut berperanan memberi manfaat sosial dan kesejahteraan kepada masyarakat serta memperkukuh gerakan koperasi di negeri Perak.

Pihak KOPUBI Perak Bhd merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pertubuhan Khairat Kematian Masjid Ar-Rahmaniah (Masyarakam) serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha bersama ini terus diberkati dan memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat seluruhnya.

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MAAB #MyAngkasaAmanah #HibahWasiatFaraid #Coop #GerakanKoperasi

Leave a Reply