PENGGUNA KELIRU KAEDAH KIRA BIL TNB: MENTERI

Shamsul Anuar (dua dari kiri) pada sidang media di Pejabat ST Perak hari ini.

ISU SEMASA: PENGGUNA KELIRU KAEDAH KIRA BIL TNB – MENTERI

IPOH – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengesahkan tiada sebarang kesilapan berlaku dalam pengiraan bil oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa melambung tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu kemungkinan berlaku disebabkan salah faham segelintir pengguna yang keliru dengan kaedah pengiraan dilakukan syarikat utiliti terbabit.

“Satu perkara yang saya nak sebut, apa juga kaedah pengiraan, TNB tidak boleh membuat sewenangnya, ia hanya boleh dilakukan setelah ia diluluskan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Baca Lanjut

PANDUAN CARA SEMAK BIL TNB ONLINE MELALUI myTNB APP

INFO – PANDUAN CARA SEMAK BIL TNB ONLINE MELALUI myTNB APP

Memandangkan ramai yang merungut bil TNB melambung naik beberapa hari ini, berikut kami kongsikan cara semak bil TNB online melalui myTNB App.

TNB dalam satu kenyataan media menjelaskan jumlah bil TNB yang perlu dibayar adalah mengikut bacaan meter.

Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, maka TNB akan menggunakan pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan.

Baca Lanjut