
TERKINI – MENYAMAR INSPEKTOR RAMDAN, PELAJAR MENGAKU OBSES DENGAN SERAGAM POLIS
PADAH menyamar inspektor polis, seorang remaja lelaki 19 tahun ditahan selepas menghampiri dua anggota polis yang sedang membuat tugasan pemantau dan pencegahan samseng jalanan di Kilometer 19, Jalan Kluang di sini, pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, remaja berkenaan yang lengkap seragam polis itu menghampiri dua anggota terbabit dan memperkenalkan diri sebagai Inspektor Ramdan dari Cawangan Risikan Operasi Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor,
Sumber polis berkata, suspek yang menunggang motosikal Honda EX5 itu memberitahu anggota berpangkat sarjan dan lans koperal terbabit bahawa dia sudah seminggu menjalankan tugas risikan kegiatan lumba haram di kawasan Parit Raja.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI