PERAK TERUSKAN E-BAZAR MELALUI S.M.A.R.T IFTAR@PERAK JALIN KERJASAMA DENGAN GRABFOOD, FOODPANDA

TERKINI – PERAK TERUSKAN E-BAZAR MELALUI S.M.A.R.T IFTAR@PERAK JALIN KERJASAMA DENGAN GRABFOOD, FOODPANDA

IPOH- Kerajaan negeri meneruskan konsep jual beli secara e-bazar dengan mempertimbangkan kaedah alternatif sepanjang bulan Ramadhan selaras dengan aspek pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Terdahulu, Perak telah mengambil keputusan untuk melaksanakan bazar ramdahan secara drive thru iaitu dipanggil S.M.A.R.T Iftar@Perak.

Bagaimanpun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan cadangan operasi e-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu dan ‘pick-up’ adalah tidak dibenarkan.

Baca Lanjut

PANDU LALU, TEMPAH DAN AMBIL, E-BAZAR, TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG RAMADHAN

TERKINI – PANDU LALU, TEMPAH DAN AMBIL, E-BAZAR, TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG RAMADHAN

KERAJAAN memutuskan tidak membenarkan e-Bazar dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil mesyuarat hari ini selepas meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung cadangan untuk melaksanakan e-Bazar memutuskan ia tidak dibenarkan.

Baca Lanjut

COVID-19: PERAK CADANG BAZAR RAMADAN PANDU LALU

COVID-19: PERAK CADANG BAZAR RAMADAN PANDU LALU

IPOH – Kerajaan Perak bercadang menganjurkan bazar Ramadan secara pandu lalu dan dalam talian di lokasi-lokasi terpilih bermula 29 April ini, sebaik tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, konsep dikenali Smart Iftar@Perak itu mendapat persetujuan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan mengambil kira semua aspek kawalan dalam mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Setakat ini terdapat kira-kira 40 lokasi seluruh negeri membabitkan lebih 1,000 peniaga telah dikenal pasti bagi tujuan ini.

Baca Lanjut

COVID-19: TIADA BAZAR RAMADAN DI PERAK JIKA PKP LANJUT

Ahmad Faizal – Foto Pejabat Menteri Besar Perak

COVID-19: TIADA BAZAR RAMADAN DI PERAK JIKA PKP LANJUT

IPOH – Kerajaan Perak akan mempertimbangkan pelaksanaan bazar Ramadan di negeri itu jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bagaimanapun kaedahnya bukan seperti tradisi yang melibatkan ramai pengunjung.

Menurutnya, kerajaan negeri sedang mengkaji kaedah paling sesuai bagi membolehkan peniaga meneruskan perniagaan dan orang ramai mendapatkan juadah berbuka puasa.

Baca Lanjut