KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Pada 7 dan 13 Oktober 2025 yang lalu, telah berlangsung sesi temuduga bagi pengisian jawatan Pengurus Kumpulan dan Pengurus Pemasaran MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) di bawah pasukan KOPUBI Perak Bhd, bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd, Station 18, Ipoh Perak.

Sesi temuduga ini telah dijalankan oleh En. Sharul Rahman, selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI Perak Bhd) merangkap Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.

Pelaksanaan sesi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan KOPUBI dalam memperkukuh struktur organisasi serta melahirkan tenaga kerja profesional yang mampu mengurus dan memperluas capaian perkhidmatan MyAngkasa Amanah Berhad, khususnya dalam bidang Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Perjumpaan Bersama Team Myangkasa Amanah Bhd

Langkah ini sejajar dengan komitmen KOPUBI Perak Bhd untuk terus memainkan peranan aktif sebagai rakan strategik dalam gerakan koperasi, bukan sahaja dalam memperkasa ekonomi anggotanya tetapi juga dalam memberi nilai tambah kepada masyarakat setempat melalui pendidikan dan kesedaran tentang pentingnya perancangan harta secara berstruktur dan patuh syariah.

Sesi temuduga ini telah dijalankan oleh En. Sharul Rahman, selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI Perak Bhd).

Melalui pelantikan individu yang berkelayakan dan berwibawa, KOPUBI Perak Bhd yakin bahawa perkhidmatan yang ditawarkan akan dapat disampaikan dengan lebih efisien dan profesional, sekaligus memperkukuh peranan koperasi sebagai pemangkin kesejahteraan komuniti dan pembangunan sosioekonomi setempat.

KOPUBI Perak Bhd akan terus komited dalam membawa aspirasi gerakan koperasi ke arah kemajuan dan kesejahteraan bersama, seiring dengan visi untuk menjadikan koperasi sebagai wadah ekonomi yang inklusif, berdaya tahan dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Insyallah.

#TeamMAAB #KOPUBI #MyAngkasaAmanah #PengurusanHartaPusaka #Hibah #Wasiat

Leave a Reply