KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Pada 28 September 2025 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI Perak Bhd) Bil. 03/2025 bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan PUBI, Station 28, Ipoh, Perak.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Sharul Baha bin Abd Rahman, selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, telah diadakan bagi membincangkan agenda penting koperasi meliputi Laporan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari serta laporan aktiviti dan perniagaan semasa.

Sesi ini turut memberi ruang kepada Ahli Lembaga untuk menilai prestasi semasa koperasi serta memperkukuhkan hala tuju strategik bagi tempoh mendatang.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Sesi Sharing ‘Perkongsian Pengalaman’

Turut hadir ke mesyuarat ini ialah En. Safuan bin Othman, Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd; En. Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan, Setiausaha Koperasi; Pn. Zuraida binti Zulkepli, Penolong Setiausaha; serta barisan Ahli Lembaga Koperasi yang lain.

Kehadiran mereka mencerminkan semangat komitmen dan kebersamaan dalam memastikan setiap keputusan yang dibuat berpaksikan kepentingan anggota dan kelestarian koperasi.

Suasana mesyuarat berjalan dengan penuh harmoni dan profesional, disertai perbincangan konstruktif mengenai pelbagai inisiatif ekonomi serta cadangan penambahbaikan terhadap operasi semasa.

Keutuhan kerjasama dan semangat kekitaan dalam kalangan Ahli Lembaga terus menjadi asas kukuh kepada kekuatan organisasi ini.

Ahli Lembaga turut mengadakan sesi makan tengah hari bersama di sebuah restoran berhampiran setelah mensyuarat berakhir.

Selepas mesyuarat berakhir, para Ahli Lembaga turut mengadakan sesi makan tengah hari bersama di sebuah restoran berhampiran.

Sesi santai ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan Ahli Lembaga, malah menjadi ruang untuk berkongsi pandangan secara tidak formal tentang aspirasi dan hala tuju koperasi pada masa hadapan.

KOPUBI Perak Bhd sentiasa komited untuk memacu pembangunan ekonomi anggota melalui pelbagai strategi keusahawanan dan aktiviti koperasi yang progresif.

Diharapkan hasil perbincangan dalam mesyuarat kali ini akan terus memperkukuhkan peranan KOPUBI sebagai peneraju gerakan koperasi usahawan di Negeri Perak, serta memberi manfaat berterusan kepada masyarakat setempat dan seluruh warga koperasi.

#KOPUBIPerakBhd #GerakanKoperasi #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa

Leave a Reply