
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Pada 23 dan 24 Ogos 2025 yang lalu, latihan kawad perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Tahun 2025 Peringkat Negeri Perak telah diadakan di SMK Raja Perempuan Ipoh (RPS) bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Latihan ini melibatkan Kontinjen ANGKASA Negeri Perak bersama penyertaan beberapa koperasi di bawah naungan ANGKASA.
Seramai 55 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kontinjen ini sebagai persediaan menjelang acara perbarisan dan perarakan rasmi pada 31 Ogos 2025 nanti.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Perjumpaan Bersama Team Myangkasa Amanah Bhd
Kontinjen ANGKASA Negeri Perak ini diketuai oleh Tuan Haji Zon bin Huri selaku Ketua Kontinjen yang juga merupakan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, manakala Encik Sharul Baha bin Abd Rahman selaku Setiausaha Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak merangkap Pengerusi KOPUBI Perak Bhd telah bertindak sebagai Pengurus Kontinjen ini.
Kehadiran barisan kepimpinan ini telah memberikan suntikan semangat kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam persediaan menjelang acara perbarisan dan perarakan rasmi pada 31 Ogos 2025 nanti.
KOPUBI Perak Bhd dengan penuh komitmen telah menghantar wakil untuk menyertai kontinjen ini iaitu Setiausaha KOPUBI Perak Bhd, Saudara Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan bersama dua Ahli Lembaga Koperasi iaitu Saudara Khairul Akmal bin Razali dan Saudari Aini Suryana binti Zaini.

Turut serta ialah Mejar Shahrulniza bin Tarmiji (Bersara) yang merupakan anggota KOPUBI Perak Bhd dan dari kumpulan PUBI pula, penyertaan melibatkan Saudara Muhamad Zakwan bin Othman Shahrudin, Saudara Muhammad Aidid bin Sabarudin, Saudara Danish Shah Jahan bin Sharul Baha dan Saudara Meor Hazim bin Meor Johari.
Latihan ini bukan sahaja menjadi medan persediaan fizikal dan mental kepada para peserta, malah turut memperkukuhkan semangat patriotisme serta memperlihatkan keutuhan gerakan koperasi dalam mendukung aspirasi negara.
Penyertaan KOPUBI Perak Bhd dalam kontinjen ini mencerminkan sokongan padu terhadap usaha ANGKASA Negeri Perak dalam memperkasakan gerakan koperasi di Negeri Perak, di samping menzahirkan semangat kebersamaan dan kemerdekaan yang terus segar dalam jiwa warga koperasi.
Dengan semangat kebersamaan yang dizahirkan melalui latihan ini, diharapkan kontinjen ANGKASA Negeri Perak dapat tampil penuh berdisiplin, berwibawa dan memberi persembahan terbaik pada Hari Kebangsaan ke-68 yang bakal diraikan pada 31 Ogos 2025 nanti.
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #ANGKASANegeriPerak #CoopANGKASA #Merdeka
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.