COVID-19: 416 KAKITANGAN BARISAN HADAPAN KKM POSITIF

Petugas di Hospital Kuala Lumpur yang merawat pesakit COVID-19 memasuki wad. – Foto NSTP/FATHIL ASRI.

COVID-19: 416 KAKITANGAN BARISAN HADAPAN KKM POSITIF

PUTRAJAYA: Seramai 416 kakitangan Kementerian Kesihatan dijangkiti dengan wabak COVID-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya tidak merekodkan sebarang peningkatan jumlah kes membabitkan kakitangan kementerian itu setakat hari ini.

Beliau berkata, 80 peratus daripada mereka mendapat jangkitan itu dari luar kemudahan kesihatan, manakala kira-kira 20 peratus lagi jangkitan daripada pesakit dan rakan sekerja.

Baca Lanjut

MALAYSIA DIIKTIRAF 5 NEGARA TERBAIK DI DUNIA KAWAL COVID-19

Gambar – Sinar Harian

TERKINI: MALAYSIA DIIKTIRAF 5 NEGARA TERBAIK DI DUNIA KAWAL COVID-19

KUALA LUMPUR – Malaysia diiktiraf sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam mengawal pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia menjadi salah satu negara contoh, iaitu penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam mengekang wabak berkenaan yang mendapat pengiktirafan dunia dalam satu tinjauan global.

“Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam kedudukan antara lima negara terbaik dunia dengan ‘public approval’ atau penerimaan rakyat yang tertinggi.

Baca Lanjut

PROGRAM AGROPRENEUR MUDA: SYARAT KELAYAKAN DAN PANDUAN PERMOHONAN

PROGRAM AGROPRENEUR MUDA: SYARAT KELAYAKAN DAN PANDUAN PERMOHONAN

Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) telah mewujudkan satu program untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro yang dinamakan Program Agropreneur Muda.

Program ini diwujudkan melalui perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) bagi menggalakkan penglibatan kepada golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun sahaja di dalam bidang pertanian.

Melalui program ini, kerajaan mahu menggalakkan golongan muda terlibat dalam sektor keusahawanan agro melalui semua aktiviti dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

Baca Lanjut

TIADA LAGI SIDANG AKHBAR HARIAN COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

TERKINI: TIADA LAGI SIDANG AKHBAR HARIAN COVID-19

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan tiada lagi sidang akhbar harian berkenaan perkembangan koronavirus (Covid-19) mulai minggu depan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada yang hadir pada hari Sabtu ini (hari ini).

“Kita tetap memberi maklumat terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan ‘jarakan’ sidang akhbar dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan (iaitu) media yang telah bekerja keras untuk bersama menjayakan bagi memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita,” katanya.

Baca Lanjut