KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Pada 30 September 2025 yang lalu, satu sesi Perjumpaan Bersama Team MyANGKASA Amanah Berhad telah berjaya dilaksanakan di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd, Station 18, Ipoh, Perak.

Perjumpaan ini diteruskan dalam suasana penuh semangat dan komitmen, sekali gus menjadi kesinambungan kepada agenda bulanan yang menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama strategik, membincangkan prestasi semasa serta memperkasakan strategi pemasaran antara kedua-dua entiti.

Parjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Sn Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd merangkap Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Mesyuarat Ahli Lembaga Kopubi Bil 03-2025

Sesi perjumpaan ini turut menyerikan suasana dengan kehadiran dua tetamu istimewa iaitu Tuan Haji Zulkifli Ismail, Ketua Pegawai Perniagaan merangkap Ahli Lembaga MyANGKASA Amanah Berhad, serta Encik Muhammad Syafiq Abdullah, Pengurus Besar MyANGKASA Amanah Berhad.

Kehadiran mereka bukan sahaja bagi meninjau operasi di Pejabat Urusan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad, tetapi juga sebagai tanda sokongan dan dorongan kepada seluruh warga kerja serta pasukan KOPUBI Perak Bhd.

Kata-kata semangat dan bimbingan yang dikongsikan sepanjang sesi tersebut telah memberi impak positif, sekaligus mengukuhkan hubungan strategik di antara KOPUBI Perak Bhd dan MyANGKASA Amanah Berhad dalam meneruskan misi bersama memperkasakan gerakan koperasi.

Dalam masa yang sama, turut berlangsung Perjumpaan Ketua-Ketua Agensi di bawah KOPUBI Perak Bhd yang melibatkan bahagian Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat.

Sesi ini menjadi wadah penting bagi memperkukuh koordinasi antara barisan kepimpinan agensi serta membincangkan pelan tindakan strategik untuk suku tahun yang akan datang.

Encik Zakaria bin Kasim sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila dinobatkan sebagai Pengurus Kumpulan Terbaik Bulan Ogos, di samping menerima Recruitment Incentive daripada KOPUBI Perak Bhd.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Insentif Bulanan bagi Ogos 2025 sebagai tanda penghargaan terhadap prestasi cemerlang warga koperasi. Encik Zakaria bin Kasim sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila dinobatkan sebagai Pengurus Kumpulan Terbaik Bulan Ogos, di samping menerima Recruitment Incentive daripada KOPUBI Perak Bhd atas usaha gigih beliau dalam memperluas jaringan pemasaran dan merekrut ahli baharu secara aktif.

Pengiktirafan ini menjadi bukti nyata bahawa semangat kepimpinan dan komitmen tinggi beliau terus menjadi inspirasi kepada seluruh pasukan. Penyampaian insentif ini bukan sahaja melambangkan penghargaan terhadap prestasi, malah menjadi suntikan motivasi untuk seluruh pasukan KOPUBI Perak Bhd terus melangkah dengan semangat dan dedikasi yang lebih tinggi.

KOPUBI Perak Bhd, melalui kerjasama strategik bersama MyANGKASA Amanah Berhad, terus komited memastikan pelaksanaan pengurusan dan pemasaran dijalankan secara profesional, tersusun dan penuh nilai tambah kepada masyarakat.

Perjumpaan seperti ini tidak hanya menjadi ruang untuk memperkukuh prestasi organisasi, tetapi juga sebagai landasan untuk mengeratkan hubungan, mengukuhkan silaturrahim serta memperbaharui semangat perjuangan dalam dunia koperasi dan keusahawanan moden.

Semoga jalinan kerjasama erat ini terus diperkasakan, seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd antara koperasi progresif yang menjadi contoh dalam melahirkan pasukan pemasaran yang berdaya saing dan memberi impak ekonomi positif kepada anggota serta masyarakat seluruhnya.

#KOPUBIPerakBhd #MyANGKASAAmanahBerhad #GerakanKoperasi #PerjumpaanBulanan #KejayaanBersama

Leave a Reply