KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Pada 27 September 2025 (Sabtu), telah berlangsung satu sesi perkongsian ilmu dan pengalaman bertajuk ‘Perkongsian Pengalaman’ bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan PUBI, Station 18, Ipoh, Perak.

Program ini dianjurkan bagi memperkukuh keupayaan dan kompetensi pasukan MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) Team KOPUBI, melibatkan penyertaan Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran serta wakil-wakil pemasaran MAAB.

Sesi istimewa ini telah menampilkan penceramah jemputan En. Zakaria bin Kasim, yang berkongsi pelbagai pengalaman berharga serta strategi praktikal dalam bidang pemasaran dan perkhidmatan hibah, wasiat dan pusaka.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Mesyuarat Penyelarasan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM)

Melalui penyampaian yang santai namun sarat dengan ilmu, beliau turut berkongsi teknik jualan berimpak tinggi, kaedah pendekatan pelanggan yang efektif serta pentingnya penguasaan pengetahuan hibah hartanah sebagai nilai tambah utama dalam proses konsultasi.

Sesi ini turut mencipta ruang perbincangan dua hala yang interaktif, di mana para peserta berpeluang mendapatkan panduan terus daripada pengalaman sebenar lapangan serta memperkukuh kefahaman terhadap strategi pemasaran koperasi yang lebih dinamik dan berkesan.

Sesi istimewa ini telah menampilkan penceramah jemputan En. Zakaria bin Kasim, yang berkongsi pelbagai pengalaman berharga serta strategi praktikal dalam bidang pemasaran dan perkhidmatan hibah, wasiat dan pusaka.

Inisiatif seperti ini menggambarkan komitmen KOPUBI Perak Bhd. untuk memperkasakan sumber manusia, memperluas keupayaan pasukan jualan serta melahirkan barisan pemasar yang berdaya saing dan profesional dalam mendepani cabaran semasa industri.

Selaras dengan visi dan misi KOPUBI Perak Bhd. dalam membangunkan ekosistem keusahawanan dan pengurusan aset yang mampan, sesi perkongsian ini menjadi bukti bahawa koperasi bukan sekadar sebuah entiti ekonomi, tetapi wadah pembangunan modal insan dan kepimpinan yang berterusan.

KOPUBI Perak Bhd. akan terus komited menyediakan platform pembelajaran dalaman yang berstruktur serta memperkukuh hubungan sinergi bersama rakan strategik seperti MyAngkasa Amanah Berhad, demi memastikan gerakan koperasi terus maju dan relevan dalam membina kesejahteraan ekonomi ummah.

#KOPUBIPerak #MyAngkasaAmanah #PerkongsianPengalaman #KoperasiUsahawan #GerakanKoperasi #PembangunanModalInsan #EkonomiUmmah #TeamKOPUBI

Leave a Reply