KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Pada 19 Julai 2025 (Sabtu), telah berlangsung satu sesi sharing istimewa bertajuk ‘Perkongsian Pengalaman’ yang bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Station 18, Ipoh, Perak. Program ini telah dianjurkan khusus untuk memberi pendedahan secara langsung kepada barisan Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran serta Wakil Pemasaran MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) di bawah Team KOPUBI Perak Bhd.

Sesi ini menampilkan penceramah jemputan iaitu En. Zakaria bin Kasim, Pengurus Kumpulan MAAB Team KOPUBI Perak Bhd yang juga merupakan penerima Anugerah Jualan Tertinggi Bulan Mei serta penghantar kes tertinggi dalam pasukan.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Dalaman

Pengalaman beliau yang luas di lapangan menjadi aset penting dalam memperkasakan lagi kekuatan pasukan jualan KOPUBI dalam bidang perkhidmatan hibah, wasiat dan pusaka.

Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah diberi pendedahan yang praktikal dan relevan termasuk perkongsian teknik jualan berimpak tinggi berdasarkan pengalaman sebenar di lapangan, penguasaan ilmu hibah hartanah sebagai pintu masuk utama untuk meyakinkan pelanggan, serta penggunaan skrip dan pendekatan komunikasi yang berkesan dalam proses closing.

Sesi turut diwarnai dengan perkongsian eksklusif pengalaman jatuh bangun dalam dunia pemasaran serta ruang soal jawab terbuka yang membina interaksi dua hala antara peserta dan penceramah.

Program seperti ini merupakan sebahagian daripada usaha KOPUBI Perak Bhd. untuk memperkasakan sumber manusia dan meningkatkan keupayaan jualan dalam kalangan anggota pasukan.

Program ini telah dianjurkan khusus untuk memberi pendedahan secara langsung kepada barisan Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran serta Wakil Pemasaran MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) di bawah Team KOPUBI Perak Bhd.

Ia juga memberi ruang kepada pemimpin pasukan berkongsi kepakaran dan membimbing barisan hadapan dengan pendekatan yang lebih realistik dan menyeluruh.

Selaras dengan visi KOPUBI Perak Bhd. untuk menjadi sebuah koperasi pilihan utama dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pengurusan aset, serta misi untuk melahirkan komuniti usahawan koperasi yang berdaya saing dan berintegriti, program ini menjadi bukti bahawa koperasi bukan sahaja menyediakan peluang, tetapi juga memacu pertumbuhan prestasi melalui pendekatan bimbingan dalaman yang tersusun dan efektif.

Sebagai sebahagian daripada gerakan koperasi di Negeri Perak, KOPUBI Perak Bhd. akan terus mengorak langkah menyediakan platform pembangunan diri dan profesionalisme kepada seluruh anggota, seiring dengan aspirasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA dalam melahirkan koperasi moden yang dinamik, kompeten dan mampan.

Dengan semangat kerjasama yang utuh, KOPUBI akan terus menjadi peneraju kepada pembangunan modal insan koperasi serta memperkukuh peranan dalam landskap ekonomi ummah dan negara.

#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #PerjumpaanBulanan #PengurusKumpulanMAAB #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia