KISAH KEHIDUPAN: USTAZ EBIT LEW HADIAHKAN BEG TANGAN BERJENAMA KEPADA ISTERI DAN IPHONE 11 UNTUK ANAK

Semalam (kelmarin), penceramah bebas Ustaz Ebit Lew telah meraikan ulang tahun anak sulungnya, Airis Safiyyah yang ke-11.

Bagi menghargai pengorbanan si isteri yang berkorban melahirkan dan membesar anak-anak, Ustaz Ebit telah menghadiahkan beg tangan berjenama buat isterinya.

“I love u bidadariku. Hari lahir anak. Kena kiss dan terima kaseh pada bidadari yang berkorban melahirkan anak semuanya. Terima kaseh sudi menemani abang dalam hidup ini.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Bakal Buka 10 Cawangan Pasaraya Dan Jual Barangan Dengan Harga Paling Rendah, Ebit Liew Mohon Doa Orang Ramai

“Terima kaseh setiap hari membuat abang jatuh cinta dengan sayang setiap hari dan menjadi penyejuk mata ini. Bulan 6. Hari lahir 3 orang saya sayang cintai di bulan ini. Arwah mak. Bidadari. Dan anak sulung

“Dari 12 tahun saya berdakwah kesana sini. Khidmat masyarakat kesana sini. Masa tu saya lihat keluarga guru saya yang menghargai bidadari mereka. Melayan isteri dan anak dengan baik. Suka tengok ayah saya melayan mak saya. Mak saya sayang dan menghormati ayah saya.

“Allah takdirkan dalam perjalanan hidup saya bertemu bidadari ini. Semuanya dikorbankan dan tak pernah mengeluh. Berjauhan, susah,penat,sakit kadang seorang diri saat saya tiada dirumah. Ya Allah maafkanlah saya. Dulu semua emas isteri gadaikan dan duit nak makan, pampers dan susu anak pun kadang tiada.

“Sentiasa mengukir senyuman dan menjadi ubat bagi hati dan penat dalam perjalanan ini. Semoga baki hidup kita ini.

“Kita berikan sebaiknya dengan izin Allah. Bersama kita didunia dan semoga dapat bersama di syurga selamanya. I love u bidadariku sayang. Terima kaseh ya Allah,” tulisnya.

Video yang dimuat naik ustaz Ebit kini telah meraih hampir setengah juta tontonan.

Terdahulu, Ustaz Ebit bersama keluarga telah meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya semalam di kediaman mereka.

Malah, Ustaz Ebit menghadiahkan sebuah iPhone 11 buat anak kesayangannya.

Untuk rekod, Ustaz Ebit bersama isterinya dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Ebit Lew, Blog ViWanita

Leave a Reply