fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

Perancangan Strategik

PERANCANGAN STRATEGIK PUBI PERAK

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak sangat komited dan teruja untuk melaksanakan perancangan strategik yang telah dipecahkan kepada 3 pecahan seperti berikut;

Program Teras

Melaksanakan sebuah program teras secara berkala yang dinamakan sebagai Program Perintis Usahawan.  Program ini akan dijalankan 4 kali setahun.







 Objektif Program Perinstis Usahawan PUBI Perak:-

1) Memberi peluang kepada masyarakat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

2) Menyediakan platform latihan, bimbingan dan praktikal yang bersesuaian ke arah menjadi usahawan yang Berjaya.

3) Menggalakkan masyarakat umum untuk memulakan perniagaan dan berani menjadi usahawan.

4) Melahirkan lebih ramai Usahawan, memajukan ekonomi dan seterusnya mewujudkan peluang menjana pendapatan.

5) Memberi peluang kepada masyarakat memulakan perniagaan secara sambilan untuk menambah pendapatan.

Program Sokongan

Melaksanakan program-program sokongan secara berterusan demi memastikan objektif dan matlamat penubuhan PUBI Perak tidak tersasar dati landasan yang telah ditetapkan.

 Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah seperi berikut;

1) Bengkel Celik Pemasaran Online




2) Bengkel Pengurusan Kewangan

3) Bengkel Hibah, Wasiat dan Faraid

4) Bengkel Zakat dan Percukaian

5) Bengkel Kecantikan dan Kesihatan/Bengkel Solekan

7) Bengkel Pengkormesilan Produk IKS

8) Bengkel Asas Membina Laman Web dan Blog

9) Bengkel Umrah & Haji




10) Bengkel Usahawan Roti & Pizza

11) Bengkel Peluang Perniagaan dalam Bidang Pelancongan

12) Seminar Transformasi Minda

Acara Prestij

Bagi memantapkan PUBI Perak dari masa ke semasa, persatuan dalam rangka kerjanya merancang untuk melaksanakan  setahun dua kali acara yang berprestij tinggi serta  gempak yang bakal memberi impak yang lebih besar kepada usahawan di Bandaraya Ipoh terutamanya.

Oleh itu PUBI Perak telah merancang satu Acara Prestij iaitu:-

1) GRAND SEMINAR PUBI PERAK

2) SEMINAR KEUSAHAWANAN

3) KURSUS KEUSAHAWANAN & KEMAHIRAN (KERJASAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN/SWASTA)

PERANCANGAN JANGKA PANJANG PUBI PERAK

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak juga sangat komited untuk melaksanakan perancangan jangka masa panjang PUBI Perak dan beriltizam untuk menjayakannya dalam masa 5 tahun.

Berikut adalah Perancangan Jangka Panjang PUBI Perak;

1. Menubuhkan KOPUBI Perak Berhad

2. Menubuhkan Syarikat PUBI Perak Sdn Bhd

KERJASAMA STRATEGIK PUBI PERAK

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak juga sangat komited untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana NGO atau Agensi Kerajaan mahupun swasta bagi mencapai objektif penubuhannya. Di dalam rangka kerjanya PUBI Perak telah mengenal pasti NGO atau Agensi Kerajaan mahupun swasta yang sesuai dijadikan rakan niaga atau menjalinkan kerjasama strategik.

Berikut adalah NGO atau Agensi Kerajaan mahupun swasta tersebut;

PKMM

Institut Darul Ridzuan

Yayasan Bina Upaya

SME Corp

MARA

MDEC

PNKP

KEMAS

OUM

Keahlian PUBI Perak kini dibuka buat semua!

Terus Mendaftar Secara Online!

BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi PUBI Perak melalui talian 019-5773924.
All images are copyrighted to their respective owners.