fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

PROFIL PENGERUSI PUBI PERAK

Latar Belakang En. Sharul Baha Bin Abd Rahman

Anak kelahiran Negeri Perak Darul Ridzuan, Sharul Baha Bin Abd Rahman dilahirkan di Hospital Besar Ipoh pada 5hb Mei tahun 1979 dan dibesarkan di Kampar, Perak.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS) Kampar Perak & Sekolah Menengah Methodist (ACS) Kampar Perak.

Selepas tamat Tingkatan 5 beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia dengan mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik selama 3 tahun.

Setelah tamat pengajian pada tahun 2000, beliau telah medapat pekerjaan awal di salah sebuah kilang pembuatan di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Pulau Pinang sebagai Juruteknik dan kemudian mendapat tawaran sebagai Juruteknik Kanan di sebuah Kilang Elektronik terbesar di Bandaraya Ipoh pada tahun 2002.

Seterusnya beliau telah dinaikkan pangkat kepada jawatan ‘Technical Specialist’ pada tahun 2007 sebelum meletak jawatan pada tahun 2010 untuk memulakan perniagaan takaful.

Kerjaya takaful En.Sharul Baha Bin Abd Rahman bermula pada tahun 2008 apabila beliau memulakan pernigaan tersebut secara sambilan dengan mendaftar secara sah dengan Syarikat Takaful Nasional.

Apabila pendapatan beliau di dalam perniagaan takaful semakin memberangsangkan, beliau telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan pada tahun 2010 untuk memulakan agensi takaful beliau iaitu Nur Falah Agency pada tahun tersebut setelah dinaikkan pangkat kepada Pengurus Agensi, Syarikat Etiqa Takaful Berhad.

Bermula dari itu maka kejayaan demi kejayaan telah dikecapi oleh beliau sehinggalah pada hari ini apabila Agensi Nur Falah menjadi salah sebuah agensi takaful yang sangat disegani di Negeri Perak khususnya dan Utara Tanah Air secara amnya.

Sehingga ke hari ini perniagaan Nur Falah Agency semakin maju dan berkembang dan bakal menjadi peneraju utama di dalam Industri takaful di Malaysia tidak lama lagi.


En. Sharul Baha Bin Abd Rahman juga adalah salah seorang peminat setia Datuk Sri Anwar Ibrahim sejak di Universiti lagi dan selalu mengikuti perkembangan politik tanah air sebelum mengambil keputusan untuk menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2013 sehingga pada hari ini.

En.Sharul juga pernah menjadi calon AJK pada pemilihan Cabang Tambun pada 2014 yang lalu namun tewas pada pemilihan tersebut.

Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan AMK Cabang Tapah merangkap Penolong Setiausaha PKR Cabang Tapah pada tahun 2016 dan kini memegang jawatan sabagai Setiausaha PKR Cabang Kampar, Perak.

Selain itu En.Sharul Baha bin Abd Rahman juga sangat aktif di dalam pergerakkan NGO dan telah diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan di dalam NGO termasuklah menjadi YDP PIBG di SK Pengkalan Perak, EXCO Persatuan Wakil Takaful Malaysia (WATAKMAS), AJK Persatuan Pemulihan Orang Cacat Negeri Perak (PPOC PERAK) dan beliau juga adalah Pengerusi Persatuan Usahan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak).

En. Sharul sebagai pengasas kepada PUBI Perak juga telah memainkan peranan yang besar untuk menubuhkan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd dan telah dilantik menjadi Pengerusi kepada Koperasi ini sehingga kini.

Koperasi ini sangat baru dan sedang mengorak langkah dan telah mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan telah memberi pinjaman mikro kredit kepada anggotanya.

Pada tahun 2018, En. Sharul telah aktif membantu Calon N.43 DUN Tualang Sekah, iaitu Saudara Azlan Helmi dan telah dilantik menjadi Pengarah PACA & Media untuk Pilihanraya Umum yang ke-14 baru-baru ini.

Beliau juga telah menyelia FB Page saudara Azlan Helmi di dalam masa yang sama serta mengelola FB Page Keadilan Perak, FB Page PUBI Perak, KOPUBI Perak disamping menyelia FB Page beliau sendiri yang mempunyai hampir 20,000 likes dan follower.

Kini beliau sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk mengemudi PUBI Perak selaku Pengerusi bagi sesi 2019-2022 nanti.

Insyallah dengan bakat kepimpian yang ada pada En Sharul Baha Bin Abd Rahman akan memberi manfaat kepada pembangunan NGO di Negeri Perak di samping membantu masyarat di dalam aktiviti keusahawanan.

Seterusnya menerajui era baru kepimpinan melalui tauladan di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan.

Insyallah..


BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi PUBI Perak melalui talian 019-5773924.
All images are copyrighted to their respective owners.