ORGANISASI KUMPULAN PUBI

Kumpulan PUBI adalah sebuah organisasi yang terdiri daripada tiga buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI).

Ketiga-tiga buah entiti di bawah Kumpulan PUBI ini mempunyai objektif penubuhan, misi dan visi yang tersendiri tetapi secara dasarnya memiliki satu matlamat yang saksama iaitu membangunkan usahawan serta mencakna ekonomi bangsa terutamanya di Bandar Ipoh secara khususnya dan secara amnya di Negeri Perak.

Kumpulan PUBI beriltizam menjadi sebuah organisasi contoh yang banyak merencana aktiviti keusahawan di Bandar Ipoh melalui aktiviti-aktiviti dan program pembangunan usahawan seperti penganjuran bengkel, seminar serta kursus keusahawanan di samping menjalankan program amal dan kebajikan.

Kumpulan PUBI juga berhasrat untuk merancakkan ekonomi serta meningkatan pendapatan anggota kumpulan melalui gerakan koperasi yang rancak dilaksanakan ketika ini dan di dalam masa yang sama menjadikan golongan belia sebagai salah satu fokus di dalam aktiviti-aktiviti pembangunan tersebut.

Semoga Kumpulan PUBI akan terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, Koperasi Usahawan yang berinovatif serta menjadi sebuah wadah pemacu buat belia usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

Lagu Rasmi Kumpulan PUBI : ‘Semarak Semangatmu’

‘Semarak Semangatmu’

Verse 1 :
Maju Langkah Bersama Seia Senada
Menuju Cita-Cita Kita
Di bawah Satu Nama
Kita Bergandingan Bahu Bersama

Verse 2 :
Bersatu Kita Teguh Selamanya Tetap Utuh
Tetap Cekal Menempuhi Cabaran
Kini Tiba Masanya Kita Terbang ke Bintang
Bersinar Pada Dunia

Chorus :
Semarak Semangatmu
Berakhlak dan Berilmu
Takkan Gentar Bermotivasi
Bersama Kumpulan PUBI

Bridge :

Bersatu Mencakna Ekonomi Bangsa

Repeat Chorus until the end.

Komposer Lagu & Lirik : Arman Salleh
Penyanyi : Siti Nuraini


© 2019 PUBI Perak. All Rights Reserved.