PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 06hb Jun 2020 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak – Bil.02/2020 bagi sesi 2019/22 di Board Room Casuarina @ Meru Hotel Ipoh Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Sidang Media Pembukaan Pasar Malam Di Daerah Kinta Perak

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Persatuan diadakan secara berkala bagi membincangkan Aktiviti yang bakal dijalankan serta program-program PUBI Perak suku pertama dan kedua bagi tahun 2020 ini.

Terima kasih dan Tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat.

Semoga dipermudahkan segala urusan Jawatankuasa ini di dalam usaha menjayakan misi & visi Persatuan bagi membantu Para Bakal Usahawan dan Usahawan di Bandaraya Ipoh ini.

Semoga PUBI Perak juga terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan. “

Saudara Mohamad Jamean Bin Zulkepli
Setiausaha Kehormat Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI)

Leave a Reply