TERKINI – MAK CIK KIAH ‘TRENDING’ SELEPAS NAMA DISEBUT PM DALAM UCAPAN

Rata-rata rakyat Malaysia pasti tersenyum lebar mendengar pengumuman daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi. Mana tidaknya, terdapat banyak bantuan yang diberikan kepada rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Terdapat beberapa insentif yang menarik perhatian dan membantu rakyat untuk semua golongan. Ini bermaksud, tiada satu pun rakyat Malaysia yang tertinggal atau tidak dibantu.

MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.#PrihatinRakyat#DudukRumah#JustStayAtHome

Posted by Muhyiddin Yassin on Jumaat, 27 Mac 2020

Akan tetapi, menjadi buah mulut netizen dan trending di Twitter apabila perdana menteri dalam ucapannya menggunakan nama Mak Cik Kiah sebagai contoh untuk memudahkan orang ramai mudah faham dengan ucapan beliau.

Rata-rata netizen terhibur dengan ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah, ada juga yang ingin ketahui siapa sebenarnya Mak Cik Kiah yang disebut-sebut dan tertanya-tanya sama ada Mak Cik Kiah tersebut wujud.

Difahamkan orang ramai lebih mudah faham situasi dan insentif bantuan apabila menggunakan contoh sedemikian. Menurut tinjauan kami di Twitter saat ini, Mak Kiah kini sudah trending nombor 2 dan menunjukkan ramai orang sedang bercakap tentang Mak Cik Kiah.

Selain dari itu, Mak Cik Kiah juga pernah muncul dalam satu filem arahan Mamat Khalid yang bertajuk Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel satu ketika dulu.

Adakah anda juga tertanya-tanya akan kewujudan Mak Cik Kiah? Berikan pandangan anda tentang perkara ini.

Artikel Daripada : The Vocket