fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

Objektif Penubuhan

OBJEKTIF PENUBUHAN

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah ditubuhkan dengan 5 objektif utama iaitu;
Menjadi salah sebuah koperasi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan sesama anggota.
Memperkasa dan memartabatkan ekonomi anggota melalui perniagaan atau aktiviti yang dijalankan oleh koperasi dan seterusnya menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak.




Membantu anggota yang memerlukan bantuan kewangan (modal perniagaan) atau di dalam bentuk bantuan yang bersesuaian seperti mengadakan kursus-kursus perniagaan atau seminar motivasi yang bersifat perniagaan dan keusahawanan secara berkala.
Menjalankan perniagaan yang menguntungkan serta memberi pulangan yang tinggi kepada anggota serta menggalak dan menyedarkan anggota supaya menjadi ahli perniagaan yang bersatu padu serta berilmu dan rajin berniaga disamping berusaha untuk berjaya dalam hidup.
Menanam dan menerap nilai-nilai murni dan kepimpinan kepada seluruh angota bagi meningkatkan produktiviti dan kemajuan perniagaan ke tahap yang lebih termasuklah keperingkat antarabangsa.

MISI & VISI

MISI KOPERASI
’Menjadi sebuah koperasi yang berdaya saing di dalam menjalankan perniagaan disamping memperjuangkan nasib usahawan-usahawan kecil atau besar yang mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi negara serta menjadi contoh kepada koperasi-koperasi yang lain.’
VISI KOPERASI
‘Memupuk kesepakatan dan persefahaman di antara satu sama lain agar maju di dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran serta saling hormat-menghormati dan tolong menolong di antara satu sama lain.’
 

Adalah menjadi falsafah KOPUBI Perak Bhd untuk membina empayar perniagaan dengan jujur, amanah, sabar dan berlandas kesucian agama Islam serta berpaksi kepada ALLAH.’

Nor Adzman Bin Nali@Razali
Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd

‘BERSATU MENCAKNA EKONOMI BANGSA’

Telah menjadi aspirasi kami di Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk menerapkan nilai-nilai murni yang selaras dengan okjektif dan matlamat penubuhan koperasi iaitu, rajin belajar, bekerjasama, saling menghormati, jujur, amanah, bersatu-hati dan suka menolong. Insyallah..

BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi PUBI Perak melalui talian 019-5773924.
All images are copyrighted to their respective owners.