fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

JUARA | IKON USAHAWAN PUBI PERAK 2018


TAHNIAH! JUARA IKON USAHAWAN PUBI PERAK 2018 | SERI MELATI BINTI ASRIL

Sukacita diumumkan Pemenang bagi Ikon Usahawan PUBI Perak bagi tahun 2018 telah jatuh kepada Pn Seri Melati Binti Asril. Keputusan ini telah diumumkan oleh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak pada Majlis Hi Tea & Penghargaan PUBI Perak 2019 yang berlangsung di Symphony Suite Hotel, Ipoh Perak pada 13hb Januari 2019 yang lalu.

Pn Seri Melati Binti Asril telah merangkul Piala Kemenangan berserta hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan oleh Yang berbahagia, Tuan Hj.Abdul Razak Bin Nazri Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Lumut merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan iaitu YB. Datuk Wira Dr. Hatta Ramli.



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Pn Seri Melati Binti Asril di atas kejayaan dinobatkan sebagai Ikon Usahawan PUBI Perak 2018!

Semoga dengan pencapaian ini akan menjadi pemangkin untuk beliau untuk lebih maju pada masa hadapan dan seterusnya memberi inspirasi kepada semua usahawan dan bakal usahawan di Negeri Perak ini untuk lebih maju di dalam perniagaan masing-masing.

Klik untuk melihat senarai Finalis Ikon Usahawan PUBI Perak 2018 ->


Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah kepada dua orang finalis Ikon Usahawan PUBI Perak yang telah layak ke Pusingan Akhir Ikon Usahawan PUBI Perak 2018 iaitu Pn. Aini Safina Binti Jamaludin dan En. Shaharizad Bin Shahrul Asmawi .

Anda berdua adalah pemenang dan kami sangat bangga dengan pencapaian anda di dalam perniagaan masing-masing dan anda berdua sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada kami.

Klik untuk melihat senarai Finalis Ikon Usahawan PUBI Perak 2018 ->


Ahli Jawatankuasa PUBI Perak juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua calon Ikon Usahawan yang terlibat disepanjang kempen Ikon Usahawan 2018 ini. Anda semua juga adalah pemenang dan sangat berjaya di dalam perniagaan masing-masing.

Teruskan usaha dan jangan mengalah walau pelbagai rintangan di hadapan kita ini.

Insyallah..



Klik untuk melihat gambar-gambar Majlis Hi Tea & Penghargaan PUBI Perak 2019 ->

BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi PUBI Perak melalui talian 019-5773924.
All images are copyrighted to their respective owners.