PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Pada 06hb Julai 2019 yang lalu telah berlangsung Bengkel Intensif & Latihan eUsahawan anjuran Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak di Bilik Latihan, Pejabat Urusan PUBI Perak di Station 18, Ipoh Perak.

Alhamdulillah bengkel intensif ini telah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh hampir 12 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jenis perniagaan dari bandaraya Ipoh Perak ini.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh tenaga pelatih yang profesional serta diiktiraf dan te;ah banyak telah banyak terlibat dengan program-program eUsahawan di bawah MDEC.

Antara topik-topik yang telah diajar sepanjang bengkel ini adalah;
  1. Sosial Media & Digital Marketing
  2. Google Business Marketing
  3. Pembinaan Laman Web

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada peserta (usahawan) yang terlibat dan di masa yang sama PUBI Perak akan terus maju serta berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..


Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Mohamad Jamean Zulkepli
Setiausaha Kehormat Kumpulan PUBI