Kumpulan PUBI adalah sebuah organisasi yang terdiri daripada tiga buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI).

Ketiga-tiga buah entiti di bawah Kumpulan PUBI ini mempunyai objektif penubuhan, misi dan visi yang tersendiri tetapi secara dasarnya memiliki satu matlamat yang saksama iaitu membangunkan usahawan serta mencakna ekonomi bangsa terutamanya di Bandar Ipoh secara khususnya dan secara amnya di Negeri Perak.

Sejak ditubuhkan pelbagai aktiviti serta program telah dijalankan oleh ketiga-tiga buah entiti ini bagi pembangunan usahawan seperti penganjuran bengkel, seminar serta kursus keusahawanan di samping menjalankan program amal dan kebajikan.

Disamping itu, Kumpulan PUBI juga sedang giat menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatan pendapatan anggota kumpulan melalui gerakan koperasi yang ditubuhkan serta di dalam masa yang sama menjadikan golongan belia sebagai salah satu fokus utama di dalam aktiviti-aktiviti pembangunan dan ekonomi tersebut.

Kumpulan PUBI beriltizam untuk terus menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati di Bandar Ipoh ini dan semoga Kumpulan PUBI akan terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, Koperasi Usahawan yang berinovatif serta menjadi sebuah wadah pemacu buat belia usahawan yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..