Barisan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Operasi dan Kewangan (JKOK) Kumpulan PUBI Sesi 2019 – 2022


KETUA JAWATANKUASA
En. Sharul Baha Bin Abd Rahman





MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENUBUHAN JAWATANKUASA

1. Menjadi sebuah jawatankuasa yang komited untuk mengawal selia segala urusan melibatkan operasi serta mengurus takbir dengan baik segala perakaunan dan juga kewangan Kumpulan PUBI.

2. Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme di kalangan Ahli Jawatankuasa serta memastikan tugasan yang dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab, beretika, berintergriti dan berdisplin seterusnya menjadi contoh atau rujukan kepada Jawatankuasa yang lain di dalam Kumpulan PUBI.

3. Memastikan operasi dan kewangan Kumpulan PUBI dilaksanakan dengan penuh amanah dan sentiasa berada di tahap yang optimun disamping mengawal daripada berlakunya ketirisan mahupun kebocoran yang akan menyebabkan kerugian.

4. Menyusun dan menyediakan dokumentasi yang terbaik serta menyimpan segala rekod-rekod operasi dan kewangan supaya mengikut SOP, Perlembangaan serta Undang-undang Kecil yang telah ditetapkan.

5. Mewujudkan semangat untuk sentiasa menerima teguran dan memperbaiki kelemahan serta kesilapan agar Jawatankuasa ini sentiasa dihormati di dalam menjalan tugas dan tangungjawab yang besar disamping berusaha untuk meningkatkan produktiviti dan kemajuan intelek ke tahap yang lebih cemerlang.


VISI JAWATANKUASA

’Menjadi sebuah Jawatankuasa yang bertanggungjawab, beretika, berintergriti dan berdisplin di dalam mengurus takbir serta menyelia operasi dan kewangan Kumpulan PUBI berteraskan semangat Jujur dan Amanah’

MISI JAWATANKUASA

’Memastikan setiap Ahli Jawatankuasa sentiasa komited untuk melaksanakan objektif dan memperkasakan matlamat penubuhan jawatankuasa, seterusnya sanggup untuk menerajui Visi Jawatankuasa yang telah disepakati disamping melahirkan pemimpin-pemimpin berwawasan tinggi.’

MOTO JAWATANKUASA

‘INTERGRITI TERAS PENYATUAN DAN KEJAYAAN’

FALSAFAH JAWATANKUASA

’Menerajui usahawan dengan menjadikan akauntanbiliti sebagai tunjang dan keutamaan di dalam menjalankan perniagaan masing-masing.’