KISAH KEHIDUPAN: ABANG DIJEMPUT AJAL SELEPAS SEJAM KEBUMIKAN IBU

Ajal dan maut itu merupakan rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa yang dapat menghalang andai kematian itu tiba. Namun, sebagai manusia biasa, kita seharusnya redha dengan ketentuan tersebut kerana itu semua adalah takdir daripada Maha Kuasa.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Shari Saidin telah menceritakan kisah duka keluarga mereka apabila kehilangan dua orang tersayang hanya dalam satu hari sahaja.

Menurut Shari, mereka adik beradik baharu sahaja mengebumikan ibunda tersayang yang meninggal dunia selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital. Walaupun tidak menunjukkan sakit yang serius, namun ibu mereka meninggal dunia dengan mudah tanpa menunjukkan petanda.

KISAH KEHIDUPAN: Ustaz Ebit Lew Hadiahkan Beg Tangan Berjenama Kepada Isteri Dan Iphone 11 Untuk Anak

Selepas selesai menguruskan jenazah ibu mereka, adik-beradik Shari mengambil kesempatan untuk berehat sebentar untuk menghilangkan lelah.
Namun, dia dikejutkan apabila abang sulung mereka tiba-tiba mengaku kelabu mata dan pedih dada sebelum tiba-tiba rebah. Suasana menjadi kecoh sebelum abangnya dkejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sekali lagi mereka diuji kehilangan orang tersayang selepas abang sulung yang bertungkus-lumus menguruskan jenazah ibu mereka turut pergi menghadap Illahi pada hari yang sama.

Kudrat mereka adik beradik seakan hilang kerana orang yang disayangi berturut-turut pergi tanpa dijangka. Diakhir perkongsian lelaki tersebut, dia memaklumkan bahawa cangkul yang baharu dibeli untuk mengebumikan ibu tersayang rupanya turut digunakan untuk menggali pusara abang yang meninggal dunia selang sejam selepas jenazah ibu mereka selamat dikebumikan.

Kisah keluarga mereka itu pastinya akan menjadi sejarah paling tidak dapat dilupakan kerana mereka perlu meredhai dua kematian ahli keluarga hanya dalam masa sehari sahaja.

sumber: Mohd Shari Saidin

Leave a Reply